Monday, 13 March 2017

Secretleaf (SL)

Mencuba SL slepas guna produk natasya, dnars, sendayu tinggi, Simple.. 😊

Muka dah kusam tak ada penjagaan ksh syg..
Sejak mengandung ank sulung, kulit muka yg duluny licin lah jgk, berubah..

Walaupun dah kawin, msti dijaga.
Untuk tatapan suami dan tatapan diri sendiri.
Muka berseri, xda la segan nak jumpa org.. 😄

Rm29.90 (cleanser) + rm49.00 (argan oil 01)

Mudah2an sesuai lah dengan kulit..

Monday, 13 February 2017

Suri rumah

Berpagi-pagian tengok muka anak-anak yang tengah lena..😍😍😘 lena plak smpai pkul 8/9 pagi baru bangun..

Pernah bekerja. Tapi.. sebelum punya anak-anak.. lahirnya anak sulung, tiada lagi istilah wanita bekerjaya di luar.
Bekerjaya, berkarya segalanya di rumah. Untuk anak dan suami..

Keseronokan bekerjaya di rumah..
1. Masa
** Tak perlu awal pagi sibuk nak hantaq anak ke pengasuh. Pagi2 anak bangun tidoq, semua ummi uruskn. Mandi. Sarapan. Brmain-main.
** Dapat tunggu depan pintu suami pi kerja pagi2.. anak2 salam peluk cium abah sebelum pi kerja.
** 24jam anak dalam pengawasan penglihatan ummi.

2. Kewangan
** makan sama2 kt umah. Tak perlu isteri makan lain, suami makan lain. Duit beli makanan tu wat beli lauk makan di rumah sama2..
** minyak kereta. Tak perlu isteri pakai kereta nak isi minyak. Suami pun guna kenderaan jugak nk isi minyak lagi..
** tak perlu pengasuh yg bayarannya beratus untuk sorg anak. Duit pengasuh boleh guna untuk ke arah lain.

3. Kemahiran hidup
** memasak. Belajar buat lauk pauk brbagai jenis, buat kuih muih. Yg paling best, wat kuih raya sendiri. 😀

Apa pun, perjalanan hidup, kita manusia hanya merancang, rancangan Allah adalah yang terbaik.
Tak semestinya masuk universiti akan keluar bekerja. Kalau dah dia memilih menjadi suri rumah, hormati keputusan dia.. 😍😍😍